Thursday, 8 December 2011

Kata-Kata Pujangga

Bicara Rasa 1
"Jatidiri seseorang itu kadangkala tidak terletak pada pujian semata-mata, kadang-kala pada kejian juga."
Bicara Rasa 2
"Saya percaya; esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok."

Bicara Rasa 3
"Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya."

Saturday, 3 December 2011

Penanda Wacana

PENGGUNAAN PENANDA WACANA DALAM KARANGAN

Penanda Wacana

Contoh

Penggunaannya

Penanda Tambahan

- Selain itu,.. / Tambahan pula,..
- Lagipun,.. / Lebih-lebih lagi,..
- Sekali lagi,.. / Dalam hal ini juga,..
- Bertitik tolak dari situ,..


- Perenggan isi
- Ayat huraian

Penanda Akibat

- Oleh hal yang demikian,.. / Oleh itu,..
- Sebagai akibatnya,..
- Implikasinya,.. / Kesan daripada itu,..

- Ayat huraian
- Kesan sesuatu

Penanda Contoh Atau Ilustrasi

- Misalnya,.. / Contohnya,.. / umpamanya,..
- Khususnya,.. / Tamsilanya,..
- Terutamanya,..
- Biar kita mengambil contoh,..
- Yang dimaksudkan ialah..
- Hal ini dapat dilihat melalui..



- Ayat contoh

Penanda Keterangan Atau Penjelasan

- Dengan kata lain,.. / Ringkasnya,..
- Tegasnya,.. / Sebenarnya,..
- Hal ini demikian kerana,..
- Secara empirikalnya,..
- Menurut kajian..


- Ayat huraian
- Menegaskan sesuatu


Penanda Kesimpulan

- Akhirnya,.. / Kesimpulannya,..
- Pada keseluruhannya,..
- Intihanya,.. / Konklusinya,..
- Pendek kata,.. / Sesungguhnya,..
- Jelaslah bahawa..


- Perenggan penutup


Penanda Masa / Turutan

- Pertamanya,.. / Keduanya,..
- Berikutnya,.. / Kemudian,.. / Kini,..
- Keesokannya,.. / Pada masa itu, ..
- Selepas itu,.. / Seterusnya,..
- Pada ketika itu,.. / Pada masa ini,..
- Selaras dengan itu,.. / Seiring dengan itu,..
- Dewasa ini,.. / Marcapada ini,..



- Perenggan Isi
- Ayat huraian

Penanda Perbandingan / Alternatif

- Sebagai perbandingan,.. / Ironinya,..
- Sebaliknya,.. / Berbeza dengan..
- Walau bagaimanapun,.. / Namun demikian,..
- Sehubungan dengan itu,..
- Dalam nada yang berbeza,..


- Perenggan Isi
- Ayat Huraian
- Membandingkan sesuatu

Penanda Umum

- Dengan ini,.. / Lazimnya,.. / Kebiasaannya,..
- Ramai berpendapat bahawa..
- Pada hemat saya,.. / Pada pandangan saya,..


- Ayat Huraian
- Ayat Akhir perenggan Isi

KATA TANYA

KATA TANYA ( ? )

1. MAKSUD:Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk bertanyakan sesuatu.

2. JENIS KATA TANYA:

Jenis dan Fungsi kata tanya
Apa - Untuk binatang, benda, perkara, tidak pasti (lembaga / hantu dll)

Siapa - Untuk manusia
Mana - Untuk tempat, kedudukan
Bila - Untuk masa, zaman, waktu
Berapa - Untuk jumlah, harga
Mengapa - Untuk sebab (lebih tepat berbanding ‘kenapa’)
Kenapa - Untuk sebab
Bagaimana - Untuk cara, keadaan, langkah Macamana - Untuk cara, keadaan, langkah, punca

3. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA TANYA:

a. Ayat tanya boleh terhasil walaupun tanpa menggunakan ‘kata tanya’ tetapi mestilah ada tanda tanya ( ? ).Betul:-Suasana pada hari ini sungguh ceria dan tenang sahaja?-Nama bapa saudara awak ialah Haji Kamaruddin bin Ishak?
b. Penegas ‘kah’ tidak boleh diletakkan di bahagian akhir ayat tanya.
(letak di hadapan atau tengah)Salah:-Semalam awak tidak hadir, mengapakah?
-Awak akan melancong ke sana, bilakah?
Betul:-Semalam awak tidak hadir, mengapa?-Mengapakah awak tidak hadir semalam?
-Awak akan melancong ke sana, bila?-Bilakah awak akan melancong ke sana?

c. Kata tanya tidak boleh digunakan jika ayat itu bukan ayat anya.
(tukar dengan menyebut ‘fungsinya’)
Salah:-Saya terkejut bila melihat lelaki itu menumbuk muka awak.
-Pelanggan itu ingin mengetahui berapa harga ikan tersebut.
-Kami ingin mengetahui di mana anda tinggal sekarang.
-Kami tidak tahu bagaimana anda boleh terjatuh ke dalam longkang itu.
Betul:-Saya terkejut apabila melihat lelaki itu menumbuk muka awak.
-Pelanggan itu ingin mengetahui harga ikan tersebut.
-Kami ingin mengetahui tempat anda tinggal sekarang.
-Kami tidak tahu punca anda boleh terjatuh ke dalam longkang itu.

d. ‘apa’ tidak boleh digunakan untuk manusia. ‘siapa’ tidak boleh digunakan untuk binatang.
Salah:-Apakah nama anak lelaki Encik Kamil yang baru menjadi doktor itu?
-Siapakah nama kucing awak yang comel sungguh itu?
Betul:-Siapakah nama anak lelaki Encik Kamil yang baru menjadi doktor itu?
-Apakah nama kucing awak yang comel sungguh itu?

e. Kata tanya boleh digunakan dalam ayat yang bukan ayat tanya dengan syarat telah digandakan.Salah:-Awak boleh bertanya apa soalan kepada saya sebelum saya balik.
-Awak juga boleh berjumpa dengan saya pada bila masa pun.
-Mana pelajar yang masih berdegil akan menerima hukuman.
Betul:-Awak boleh bertanya apa-apa soalan kepada saya sebelum saya balik.
-Awak juga boleh berjumpa dengan saya pada bila-bila masa pun.
-Mana-mana pelajar yang masih berdegil akan menerima hukuman.

f. ‘Mengapakah’ dan ‘bagaimanakah’ lebih tepat penggunaannya daripada ‘kenapakah’ dan ‘macamanakah’.Betul:-Mengapakah awak tidak hadir?
(ini lebih tepat)
-Bagaimanakah awak sampai ke sini?
(ini lebih tepat)
-Mengapa/ Kenapakah/ kenapa awak tidak hadir?
(ikut susunan mana yang lebih tepat)
-Bagaimana/ Macamanakah/ macamana awak sampai ke sini?
(ikut susunan mana yang lebih tepat)

g. Jika kata tanya diletak di hadapan ayat, partikal kah mesti diletak.
Salah:-Mengapa awak tidur di lantai?
-Bila awak tiba di sini?
Betul:-Mengapakah awak tidur di lantai?
-Bilakah awak tiba di sini?
SEMOGA BERJAYA!

Pantun

SAJAK "GURU OH GURU"

kamarulzamanblog