Thursday 8 December 2011

ialah vs adalah

Kata Pemeri
Kesilapan Penggunaan adalah dan ialah

Kata pemeri ialah dan adalah merupakan kata tugas yang tergolong sebagai kata prafrasa. Kata pemeri ialah digunakan untuk menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala adalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh-contoh yang dapat dilihat daripada penggunaan kedua-dua kata pemeri ini adalah seperti berikut :

1). Kesilapan penggunaan kata adalah di tempat ialah
Contoh:

Anak adalah anugerah Allah. (Salah)
Anak ialah anugerah Allah. (Betul)

Pak Mat adalah orang yang pertama menerpka kawasan itu. (Salah)
Pak Mat ialah orang yang pertama meneroka kawasan itu. (Betul)

Matlamat AMAN adalah pembinaan masyarakat sejahtera. (Salah)
Matlamat AMAN ialah pembinaan masyarakat sejahtera. (Betul

2) Kesilapan penggunaan kata ialah di tempat adalah
Contoh:

Majalah ini ialah untuk kaum wanita sahaja. (Salah)
Majalah ini adalah untuk kaum wanita sahaja. (Betul)

Persembahan itu ialah baik. (Salah)
Persembahan itu adalah baik. (Betul)

3) Kesilapan penggunaan kata adalah di hadapan kata kerja.

Contoh:
Matlamat utama syarikat ini adalah membantu para golongan muda. (Salah )
Usaha yang dijalankan adalah menerbitkan risalah. (Salah )

Matlamat utama syarikat ini adalah untuk membantu para golongan muda. (Betul)
Usaha yang dijalankan adalah dengan menerbitkan risalah. (Betul)

4) Kesilapan penggunaan kata adalah pada awal ayat.
Contoh:

Adalah dengan ini diisytiharkan bahawa... (Salah )
Dengan ini dimaklumkan bahawa... (Betul )

Adalah dimaklumkan bahawa... (Salah )
Dengan ini dimaklumkan bahawa... (Betul)


5) Kesilapan penggunaan kata adalah dan kata kerja

Contoh:
Keputusan ini diambil adalah berdasarkan... (Salah)
Keputusan ini diambil berdasarkan... (Betul)

Para pelajar adalah dipelawa memohon... (Salah)
Para pelajar dipelawa memohon... (Betul)

Kesimpulannya, Kata pemeri adalah hanya boleh diikuti oleh kata sendi nama dan kata adjektif yang bersifat huraian sahaja, manakala kata pemeri ialah hanya boleh diikuti oleh kata nama atau frasa nama. Sebaliknya, kata kerja atau frasa kerja tidak perlu didahului oleh kata pemeri, sama ada ialah atau adalah.

AYAT PASIF

Ayat Pasif

Definisi
Ayat pasif ialah ayat yang mengutamakan objek asal (iaitu objek dalam ayat aktif) sebagai perkara atau unsur yang diterangkan, manakala subjek asalnya tidak diutamakan. Contohnya:
i. Naib Yang Dipertua PIBG menyampaikan anugerah itu. (Ayat Aktif)
(subjek)+ (kata kerja transitif) +(objek)
ii.Anugerah itu disampaikan oleh Naib Yang Dipertua PIBG. (Ayat Pasif)
(subjek)+ (kata kerja pasif) +(pelaku)

Jenis ayat pasif
1. Ayat Pasif dengan Kata Kerja berimbuhan ’di’ dan ’ter’
Contohnya:
a). Hadiah pertandingan itu sudah dituntut oleh pemenangnya semalam.
b). Peralatan sistem suara itu tidak terangkat oleh mereka.

2. Ayat Pasif dengan Kata Kerja berimbuhan ’ber’ dan ’ke...-an’.
a). Dalam perjalanan pulang mereka kehujanan.
b). Ketika mereka tiba juadah itu sudah bertutup.
c). E-mel yang saya kirim belum berjawab lagi.

3. Ayat Pasif dengan Kata Ganti Nama Orang Pertama dan Kedua
Contoh
a). Laporan peristiwa itu sudah saya siapkan semalam.
b). Tugasan itu harus awak laksanakan dengan segera.
c). Masalah itu wajar kita hadapi bersama-sama.
Kesimpulannya, kita hendaklah dapat membezakan struktur ayat pasif dengan ayat aktif supaya kita dapat membina ayat yang gramatis dan tidak dianggap sebgai pengguna bahasa yag pasif.

Menemui, Menemukan, Mempertemukan, Pertemuan, Penemuan

Sebelum membincangkan kelima-lima perkataan di atas, perhatikan ayat-ayat berikut:
1. Ibu bapa menemui guru untuk membincangkan kemajuan anak-anak mereka.
2. Pihak polis menemui kereta yang ditinggalkan oleh penjenayah itu.
3. Rancangan Jejak Kasih telah menemukan ibu dan anak yang telah lama terpisah.

Kamus Dewan Edisi Keempat memberi makna yang berlainan bagi kelima-lima perkataan di atas:

a. menemui
Maksud
1. bertemu dengan, berjumpa dengan
2. pergi bertemu dengan, mengunjungi, menziarahi, melawat

Contoh ayat:
Calon doktor itu menemui ketua jabatan untuk mendapatkan maklumat.

b. menemukan
Maksud:
1. mendapati, menjumpai, bertemu dengan apa-apa yang dicari (yang tersembunyi, belum diketahui lagi)
2. mengalami, menderita

Contoh ayat:
Pasukan keselamatan menemukan beberapa bukti yang boleh mengaitkan tertuduh dengan kes itu.

c. mempertemukan
Maksud:
membawa supaya bertemu

Contoh ayat
Festival Kesenian itu telah mempertemukan karyawan seni dari seluruh Nusantara.

d. pertemuan
Maksud:
1. perihal bertemu, perjumpaan
2. tempat bertemu
3. perkumpulan, perhimpunan

Contoh ayat:
Kuala Lumpur terletak di pertemuan Sungai Gombak dengan Sungai Kelang.

e. penemuan
Maksud:
1. perihal menemui atau menemukan
2. sesuatu yang didapati atau ditemui

Contoh ayat:
Penyelidikan yang dijalankan oleh para saintis telah membawa penemuan sejenis vaksin yang dapat melawan virus H1N1.

Berdasarkan maksud yang diberi untuk kelima-lima perkataan di atas, jelas bahawa terdapat perbezaan makna dan cara penggunaannya. Kesalahan yang lazim dilakukan ialah penggunaan kata menemui pada tempat menemukan. Sebagai contoh, penggunaan menemui dalam ayat 2 di atas (Pihak polis menemui kereta yang ditinggalkan oleh penjenayah itu) adalah salah dan membawa maksud bahawa polis bertemu dengan, mengunjungi, melawat atau menziarahi kereta. Ayat yang betul ialah; Pihak polis menemukan kereta yang ditinggalkan oleh penjenayah itu. Begitulah seterusnya, ayat yang betul bagi ayat 3 ialah; Racangan Jejak Kasih telah mempertemukan ibu dan anak yang telah lama terpisah.

Satu rumus mudah yang boleh dijadikan panduan untuk membezaka penggunaan menemui dan menemukan adalah seperti berikut:

menemui + siapa
menemukan + apa


Catatan:
Sama ada menemui, menemukan, mempertemukan, pertemuan, atau penemuan, kelima-lima perkataan ini membawa implikasi bahawa sekurang-kurangnya dua pihak atau lebih bertemu dalam sesuatu peristiwa atau proses tertentu dan ada kesan yang timbul akibat pertemuan itu. Kesan itu mungkin dari sudut perasaan, pemikiran, sikap, pandangan, persepsi, tanggapan dan sebagainya yang mungkin dapat mengubah suasana

DALAM vs DI DALAM vs KE DALAM

Contoh kesalahan pengunaan dalam dan di dalam
1. Kenangan manis itu sentiasa terbayang di dalam fikirannya. (X)
2. Pekerja dari Bangladesh itu fasih bertutur di dalam bahasa Melayu. (X)

Huraian:
Dalam boleh berfungsi sebagai kata adjektif, kata arah, dan kata sendi nama.

Sebagai kata adjektif, dalam menunjukkan tahap atau peringkat. Lazimnya kata penguat seperti 'amat, sangat, paling' dan sebagainya boleh diletakkan sebelum atau sesudah kata dalam, sebagai contoh:
a. Pengetahuannya tentang spesies katak sangat dalam.
b. Lubang yang baru digalinya dalam sangat.

Sebagai kata arah pula, dalam digunakan sesudah kata sendi nama di atau ke yang menunjukkan kedudukan, lokasi, arah, atau hala, sebagai contoh:
a. Aiman menyimpan permainannya di dalam sebuah kotak.
b. Penjahat itu masuk ke dalam sebuah rumah yang terbiar.

Sebagai kata sendi nama pula dalam digunakan di hadapan frasa nama yang membawa maksud 'lingkungan yang tidak mempunyai jarak atau ruang' seperti perkara, peristiwa, keadaan, hal, dan sebagainya, sebagai contoh:
a. Kes itu masih dalam penyiasatan pihak polis.
b. Kertas cadangan itu hendaklah ditulis dalam bahasa Melayu.
Berdasarkan huraian di atas, jelaslah bahawa terdapat perbezaan dan cara penggunaan antara dalam, di dalam, dan ke dalam. Oleh itu, dua ayat yang salah penggunaan dalam perlu dibetulkan menjadi:
1. Kenangan manis itu sentiasa terbayang dalam fikirannya.
2. Pekerja dari Bangladesh itu fasih bertutur dalam bahasa Melayu.

BM UPSR Kertas 2 - Bahagian A ( 5 Ayat )



Membina 5 ayat berdasarkan gambar.

1. Ahmad tekun membaca buku sebagai persediaan menghadapi peperiksaan UPSR.

2. Semasa peperiksaan, Ahmad dapat menjawab setiap soalan di dalam kertas peperiksaan dengan penuh keyakinan.

3. Apabila keputusan peperiksaan diumumkan, Ahmad mendapat keputusan yang cemerlang.

4. Ahmad berasa gembira dan bersyukur kepada Tuhan kerana usaha yang bersungguh-sungguh menghasilkan kejayaan.

5. Ahmad mendapat hadiah sebagai pelajar cemerlang dalam pelajaran pada Hari Penyampaian Hadiah.

BM UPSR Kertas 2 - Bahagian C ( Nilai Murni @ Pengajaran )

Tafsiran Nilai Murni:

BAIK HATI
- Belas kasihan (Bersimpati terhadap kesesusahan orang lain)
- Bertimbang rasa (Mengambil kira keperluan dan perasaan orang lain apabila
membuat sesuatu tindakan)
- Murah hati (Memberi bantuan secara ikhlas kepada mereka yang
memerlukannya)
- Saling memahami (Sanggup memberi dan menerima pandangan serta
memahami perasaan dan keperluan masing-masing)
- Saling bermaafan (Sanggup meminta maaf dan memberi kemaafan)

BERDIKARI
- Berupaya bertindak sendiri (Sanggup dan boleh melakukan sesuatu tanpa
mengharapkan orang lain)
- Yakin pada diri sendiri (Percaya kepada kebolehan diri sendiri dan sanggup
mencuba)

HEMAH TINGGI
- Kesopanan (Berbudi bahasa dan beradab dalam pergaulan)
- Mengakui kesalahan sendiri (Sedia mengaku kesilapan diri sendiri serta
sanggup menerima nasihat)
- Ramah mesra (Sedia bergaul mesra dengan semua orang)

HORMAT-MENGHORMATI
- Ibu bapa (Memuliakan dan mentaati ibu bapa)
- Ahli keluarga, orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga dan pemimpin
(menunjukkan rasa hormat kepada kumpulan tersebut dengan memberi
layanan yang baik)
- Institusi kerajaan dan Negara (Menerima dan hormat kepada kerajaan
serta lambang-lambang kebesaran negeri)
- Kepercayaan dan adat resam pelbagai keturunan (Menghormati
kepercayaan dan adat resam semua keturunan di Malaysia)
- Patuh kepada undang-undang negara (Mematuhi undang-undang yang telah
ditentukan tanpa mengira di mana seseorang itu berada)
- Patuh kepada ketepatan masa (Menepati waktu dan menggunakan masa
dengan berfaedah)

KASIH SAYANG
- Sayang diri sendiri dan orang lain (Menyayangi diri sendiri dan orang lain)
- Sayang akan alam sekitar (Memelihara dan memulihara kehidupan flora dan
fauna untuk kesejahteraan hidup)

KEADILAN
- Adil (Membuat pertimbangan secara objektif, menyeluruh dan bersesuaian)
- Saksama (Tidak berat sebelah dalam sesuatu tindakan dan keputusan sama
ada dalam memberikan ganjaran atau hukuman)

KEBEBASAN
- Boleh melakukan sesuatu asalkan tidak melanggar batas peraturan dan
undang-undang yang tersurat dan tersirat dalam keluarga, sekolah, komuniti,
masyarakat, negara dan agama

KEBERANIAN
- Berani mencuba (Berani melakukan sesuartu perkara yang baru dan
mencabar untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain dengan mengambil risiko
yang akan dihadapi)
- Berani kerana benar (Berani mempertahankan sesuatu yang diakui
sebenarannya dengan menunjukkan bukti yang nyata)

KEBERSIHAN FIZIKAL DAN MENTAL
- Kebersihan diri (Kebersihan anggota yang perlu dijaga oleh setiap individu
untuk hidup sihat)
- Kebersihan persekitaran (Pemeliharaan alam sekeliling supaya rapi dan
bebas daripada kekotoran dan pencemaran)
- Kebersihan mental (Pertuturan dan perlakuan yang terpuji yang perlu
diamalkan oleh seseorang dalam hubungannya dengan orang lain)

KEJUJURAN
- Amanah (Bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu tugas yang diberikan
dan dapat menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain)
- Bercakap benar (Menyatakan perkara yang benar tanpa menokok tambah
atau berselindung)
- Ikhlas (Melakukan sesuatu dengan suci hati tanpa mengharapkan balasan)
KERAJINAN
- Daya usaha (Berusaha bersungguh-sungguh dengan inisiatif, kreatif dan
inovatif untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti.)
- Dedikasi (Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga untuk perkara
yang berfaedah)

KERJASAMA
- Gotong-royong (Melakukan sesuatu tugas secara beramai-ramai dan
sukarela)
- Toleransi (Bertolak ansur serta dapat mengawal diri untuk mengelakkan
berlakunya perselisihan)
- Perpaduan (Bersefahaman dan bekerjasama di peringkat keluarga,
masyarakat, negara dan antarabangsa)

KESEDERHANAAN
- Pertuturan dan perlakuan yang sederhana (Bertutur dan berkelakuan yang
tidak melampaui batas serta menyinggung perasaan atau menimbulkan
kemarahan orang lain)
- Kesederhanaan dalam menimbangkan kepentingan diri dan kepentingan
orang lain (Membuat pertimbangan yang sewajarnya supaya Memuaskan diri
sendiri dan orang lain)

KESYUKURAN
- Berterima kasih (Melahirkan perasaan untuk menunjukkan pengiktirafan dan
penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan dan pemberian)

PATRIOTISME
- Semangat cintakan negara (Mempunyai semangat yang tinggi untuk menjaga
keselamatan, nama baik negara)

RASIONAL
- Membuat pertimbangan (Berupaya mengambil kira baik buruknya sesuatu
perkara sebelum membuat keputusan)

SEMANGAT BERMASYARAKAT
- Bermuafakat (Mengutamakan persetujuan dan kerjasama dalam sesuatu
pekerjaan bagi kepentingan bersama)
- Kejiranan (Berbaik-baik, bertolak ansur, tolong-menolong, dan bekerjasama
dengan jiran tetangga)
- Peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat (Menyedari masalah
masyarakat dan sedia berusaha menyelesaikannya)



Latihan Contoh 1:

Tuliskan beberapa amalan baik yang kamu dapati daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan.
Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Hamdan bangun lewat pada pagi itu kerana dia menonton televisyen hingga larut malam. Dia tidak sempat bersarapan. Dia terus mencapai basikal untuk pergi ke sekolah tanpa bersalam dengan ibu dan bapanya. Tiba di persimpangan jalan, dia tidak menghiraukan lampu merah lalu terus memecut ke sekolah. Mujurlah tiada kenderaan ketika itu. Sesampainya di hadapan sekolah, murid-murid telah berada di tapak perhimpunan. Dia terus berlari ke tapak perhimpunan tanpa mengunci basikalnya. Sedang semua murid menyanyi lagu “Negaraku” , dia masih lagi berlari untuk masuk ke dalam barisan. Ketika hendak pulang ke rumah, dia mendapati bahawa basikalnya telah hilang. Dia telah diberi peluang tumpang oleh rakan untuk pulang ke rumah.

Isi-isi cadangan:

- Bangun lewat – Bangun awal supaya tidak tergesa-gesa ke sekolah.
- Menonton hingga lewat malam – Tidak digalakkan kerana menjejaskan
kesihatan. Tidak cukup tidur.
- Tidak sempat bersarapan - Bersarapan terlebih dahulu mendapatkan tenaga
untuk belajar.
- Tidak bersalaman – Bersalaman dengan kedua-dua ibu bapa untuk mendapat
restu.
- Melanggar lampu isyarat – Mematuhi peraturan jalan raya demi keselamatan.
- Berjalan semasa lagu “Negaraku” – Berdiri tegak untuk menghormati lagu
kebangsaan.
- Memberi pertolongan kepada yang memerlukan.


Jawapan Contoh 1:

Berdasarkan petikan di atas, kita sepatutnya bangun awal supaya tidak tergesa-gesa untuk ke sekolah seperti yang berlaku kepada Hamdan. Kita tidak sepatutnya menonton hingga lewat malam kerana boleh menjejaskan kesihatan kita. Sebelum kita ke sekolah kita hendaklah bersarapan terlebih dahulu bagi mengalas perut supaya senang belajar. Kita mestilah bersalaman dengan kedua-dua ibu bapa kita bagi mendapatkan restu daripada mereka. Kita hendaklah mematuhi peraturan demi menjaga keselamatan diri kita. Sebagai rakyat Malaysia kita hendaklah menghormati lagu kebangsaan negara kita dengan berdiri tegak bukannya seperti yang dilakukan oleh Hamdan yang masih berlari. Apabila rakan-rakan kita memerlukan bantuan, kita semestinya menghulurkan bantuan kepada mereka. Kesimpulannya kita hendaklah mengamalkan amalan-amalan yang baik dalam kehidupan harian kita.



Latihan Contoh 2:

Tulis beberapa nilai/pengajaran yang kamu boleh dapati daripada puisi di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Buah delima pelbagai rasa,
Dipetik sebelum waktu senja;
Dari kecil hinggalah dewasa,
Ibu bapa membelai penuh manja.

Dalam sungai dipasang bubu,
Masuk seekor anak kelisa;
Sungguh mulia jasamu ibu,
Sepanjang hayat dikenang sentiasa.

Limau kasturi jangan dilupa,
Beli juga sebungkus asam jawa;
Tidakku lupa padamu bapa,
Sanggup berkorban harta dan nyawa.

Kacang dicampur santan kelapa,
Nasi berulam pucuk pegaga;
Terima kasih ibu dan bapa,
Bersyukur kita hidup bahagia.

Isi Cadangan:

- Membelai penuh manja (Kasih sayang)
- Sungguh mulia jasa / dikenang sentiasa (Mengenang jasa)
- Berkorban harta dan nyawa (Bertanggungjawab)
- Terima kasih ibu dan bapa (Berterima kasih)
- Bersyukur kita hidup bahagia (Kesyukuran)
- Pengajaran/kesimpulan daripada teks (Hormat-menghormati)


Jawapan Contoh 2:

Berdasarkan puisi di atas, terdapat beberapa nilai murni dan pengajaran yang boleh amalkan. Sebagai seorang anak kita hendaklah menyayangi kedua-dua ibu bapa kerana mereka telah membesarkan kita dengan penuh kasih sayang. Di samping itu, kita hendaklah mengenang jasa mereka . Sememangnya ibu bapa kita ialah orang yang amat bertanggungjawab. Oleh itu, kita hendaklah berterima kasih kepada mereka di samping bersyukur kepada Ilahi kerana mendapat ibu bapa yang baik. Kesimpulannya, untuk membalas jasa kepada kedua-dua ibu bapa, kita hendaklah sentiasa mentaati dan menghormati mereka.



Latihan Contoh 3:

Buah delima pelbagai rasa,
Dipetik sebelum waktu senja;
Dari kecil hinggalah dewasa,
Ibu bapa membelai penuh manja.

- Berdasarkan puisi di atas pengajaran atau nilai murni yang boleh kita ambil
ialah ibu bapa membela anaknya dengan penuh kasih sayang

Dalam sungai dipasang bubu,
Masuk seekor anak kelisa;
Sungguh mulia jasamu ibu,
Sepanjang hayat dikenang sentiasa.

- Selain itu, kita hendaklah sentiasa mengenang jasa ibu dan bapa kerana
mereka telah banyak berjasa kepada kita


Limau kasturi jangan dilupa,
Beli juga sebungkus asam jawa;
Tidakku lupa padamu bapa,
Sanggup berkorban harta dan nyawa.

- Di samping itu juga, ibu bapa juga merupakan orang yang
bertanggungjawab dengan melakukan pelbagai pengorbanan semasa
membesarkan kita.

Kacang dicampur santan kelapa,
Nasi berulam pucuk pegaga;
Terima kasih ibu dan bapa,
Bersyukur kita hidup bahagia.

- Oleh itu, kita hendaklah berterima kasih kepada ibu bapa kita dan
bersyukur kepada Ilahi kerana mempunyai ibu bapa yang baik
- Kesimpulannya kita hendaklah sentiasa mentaati dan menghormati
kedua-dua ibu bapa kita yang telah banyak berjasa kepada kita

Jawapan Contoh 3:

Berdasarkan puisi di atas pengajaran atau nilai murni yang boleh kita ambil ialah ibu bapa membela anaknya dengan penuh kasih sayang. Selain itu, kita hendaklah sentiasa mengenang jasa ibu dan bapa kerana mereka telah banyak berjasa kepada kita. Di samping itu juga, ibu bapa juga merupakan orang yang bertanggungjawab dengan melakukan pelbagai pengorbanan semasa membesarkan kita. Oleh itu, kita hendaklah berterima kasih kepada ibu bapa kita dan bersyukur kepada Ilahi kerana mempunyai ibu bapa yang baik. Kesimpulannya kita hendaklah sentiasa mentaati dan menghormati kedua-dua ibu bapa kita yang telah banyak berjasa kepada kita.

Gempur Tatabahasa - KATA NAMA

a. Kesalahan ejaan, iaitu ada beberapa kata nama yang seakan – akan sama
ejaannya tetapi mempunyai makna yang berlainan ataupun tidak bermakna;

Seniwati Sarimah mengenakan cocok sanggul pada dandanan rambutnya. -SALAH
Seniwati Sarimah mengenakan cucuk sanggul pada dandanan rambutnya. - BETUL


b. Kesalahan penggunaan kata nama mengikut konteks ayat;

Wakil Rakyat itu melawat kawasan petempatan semua orang asli. -SALAH
Wakil Rakyat itu melawat kawasan penempatan semua orang asli. -BETUL

Gempur Tatabahasa - KATA GANTI NAMA DIRI

a. Ketidaksesuaian penggunaan kata ganti nama diri mengikut kedudukan
seseorang, suasana ketika bercakap, hubungan seseorang yang lain ketika
sedang berkata – kata:

Encik James pengurus di sini. Sekarang ini dia sedang berkursus di
Singapura -SALAH

Encik James pengurus di sini. Sekarang ini beliau sedang berkursus di
Singapura -BETUL


b. Kata ganti nama diri bentuk jamak tidak boleh digandakan;

“Marilah kita sertai mereka – mereka yang baru datang itu,” kata Salina -SALAH
“Marilah kita sertai mereka yang baru datang itu,” kata Salina -BETUL


c. Kata ganti nama diri mereka dan ia tidak boleh digunakan untuk merujuk
kepada binatang, benda dan perkara/konsep;

Si Hitam sangat lembut bulunya. Ia juga berwarna menarik -SALAH
Sihitam sangat lembut bulunya dan berwarna menarik -BETUL


d. Kata ganti nama diri ketiga ia tidak boleh bertugas sebagai objek kepada kata
sendi atau kata kerja transitif;

Saya berasa seronok dapat berkawan dengan ia -SALAH
Saya berasa seronok dapat berkawan dengannya -BETUL


e. Kata ganti nama diri ketiga ia tidak boleh bertugas sebagai kata nama pelaku
dalam ayat pasif diri ketiga;

Beg ia telah diselongkar ketika bersenam di padang -SALAH
Begnya telah diselongkar ketika bersenam di padang -BETUL


f. Kata ganti diri ketiga ia dan nya tidak boleh digabungkan menjadi ianya;

Penagihan dadah di kalangan pelajar perlu dibanteras segera kerana bimbang
ianya kian menular -SALAH

Penagihan dadah di kalangan pelajar perlu dibanteras segera kerana bimbang kian menular -BETUL


g. Kata ganti nama diri daku dan dikau tidak boleh digunakan sebagai objek
kecuali pada kata kerja transitif atau kata sendi yang berakhir dengan huruf ‘n’;

Ibuku sungguh tertarik hati kepada dikau kerana pekertimu itu -SALAH
Ibuku sungguh tertarik hati akan dikau dengan pekertimu itu -BETUL


h. Kata ganti nama diri singkat iaiti kau, ku, mu dan nya tidak boleh dieja
berasingan dengan kata lain yang menyertainya;

“Tolong kau ambilkan aku segelas air” kata Sri -SALAH
‘Tolong kauambilkan aku segelas air” kata Sri -BETUL

Sampah-sarap atau sampah sarap?

Sejak akhir-akhir ini, banyak pengguna bahasa masih keliru akan perkataan "sampah sarap" dengan "*sampah-sarap". Baiklah, eloklah saya terangkan sebab "sampah sarap" betul dari segi tatabahasa.

Mengikut kamus dewan, makna "sampah" adalah seperti yang berikut:

1. sampah
benda-benda yg dibuang, kotoran (daun-daun kering, kertas-kertas kotor, dll), sarap; ~ sarap bermacam-macam sampah; 2. sesuatu (benda atau orang) yg tidak berharga atau berguna; ~ dunia = ~ masyarakat orang yg hina;
Selain itu, perkataan "sarap" pula bermakna:

1. sarap
sampah (daun-daun kering, debu, dll): dia mengibas-ngibas ~ ke tepi dinding dgn kain; sampah ~ berbagai-bagai sampah;
Oleh hal yang demikian, perkataan yang mempunyai makna yang sama tidak memerlukan tanda "sempang" atau "-". Lihat beberapa contoh perkataan yang tidak mempunyai tanda "-" kerana bukan kata ganda.


(i) bukit bakau (betul)
*bukan "*bukit-bakau" kerana bakau dan bukit sama makna


(ii) bukit bukau (betul)
*bukan "*bukit-bukau" kerana bukit dan bukau sama makna


(iii) bersatu padu (betul)
*bukan "*bersatu-padu" kerana bersatu dan padu sama makna


(iv) kasih sayang (betul)
*bukan "*kasih-sayang" kerana kasih dan sayang sama makna


(v) bersangkut paut (betul)
*bukan "*bersangkup-paut" kerana sangkut dan paut mempunyai makna yang sama


(vi) sanak saudara (betul)
*bukan "*sanak-saudara" kerana sanak dan saudara sama makna

"HAL INI DEMIKIAN KERANA" tidak lagi gramatis, kenapa?

Dalam satu perbincangan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang lalu, iaitu semasa sesi pemurnian Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga kali kedua, panel penulis telah membuat persetujuan bahawa ungkapan "Hal ini demikian kerana..." tidak lagi gramatis. Ketidakgramatisan ini berpunca daripada keputusan untuk memasukkan unsur adverba dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.
Oleh sebab adverba dimasukkan sebagai kata tugas, maka adverba tidak boleh menjadi inti dalam frasa subjek atau predikat. Kehadiran adverba hanyalah membawa tugas tertentu dalam ayat.

Oleh itu, ungkapan "Hal ini demikian kerana...” perlulah diubah seperti yang berikut:
(i) Hal ini berlaku demikian kerana....
(ii) Perkara ini terjadi demikian kerana...
(iii) Hal ini dikatakan demikian kerana...


Dengan berdasarkan ayat-ayat di atas, kata adverba `demikian’ bertugas sebagai penerang kepada kata kerja `berlaku’, `terjadi’, `dikatakan’, dan sebagainya. Kepada guru-guru di sekolah, harap terimalah perubahan ini sebagai satu daripada perkembangan bahasa Melayu. Janganlah menghukum pelajar jika mereka masih menggunakan ungkapan `Hal ini demikian kerana...’.

Untuk mendidik pelajar dan masyarakat tentang penggunaan bahasa Melayu yang betul, kita hendaklah menggunakan pendekatan yang bijaksana dan rasional.

Soal Jawab Topik Tatabahasa

Soalan:
1. Cikgu, perkataan "klik" perlu dibubuh imbuhan "menge-" menjadi "mengeklik"? atau "menklik" ? atau "mengklik"?

Jawapan:

Klik ialah kata pinjaman daripada bahasa Inggeris. Oleh itu, kata ini dikecualikan daripada rumus PTKS. Dalam hal ini, apabila awalan me(N)- diimbuhkan kepada kata pinjaman, ejaan untuk kata pinjaman tersebut kekal. Sebagai contohnya, kata kritik apabila menerima awalan meng- akan menjadi mengkritik. Begitu jugalah halnya dengan kata klik. Apabila kata klik menerima awalan meng-, kata itu akan menjadi mengklik, bukan mengeklik. Selain itu, rumus bahasa Melayu juga menetapkan bahawa kata yang bermula dengan huruf "k" seperti katalog, kategori, dan sebagainya akan menerima awalan meng-, bukan men-. Oleh itu, ejaan menklik tidak tepat.


2. Apakah perbezaan penggunaan "marabahaya" dan "berbahaya" mengikut pendapat Cikgu?

Jawapan:
Marabahaya bermaksud bermacam-macam-macam bahaya atau bencana, manakala berbahaya bermaksud ada bahaya atau boleh mendatangkan bahaya. Merbahaya pula ialah variasi berbahaya yang tidak baku.



3.Ayat "Kanak-kanak yang comel-comel itu duduk di tempat masing-masing" betul tak? Bolehkah dalam satu ayat wujudnya 2 atau 3 kata ganda?

Jawapan:
Ayat "Kanak-kanak yang comel-comel itu duduk di tempat masing-masing" betul. Hal ini demikian kerana dalam bahasa Melayu perkataan "kanak" dan "masing" tidak boleh berdiri dengan sendiri.


4. Cikgu, huraikan perbezaan antara "patriotik", "patriotisme" "nasionalis", "nasionalisme". Terima kasih.

Jawapan:
Patriot bermaksud orang yang mencintai atau mempertahankan kedaulatan negaranya. Patriotik bermaksud orang yang mempunyai sifat cinta akan negaranya.
Patriotisme pula ialah semangat cinta yang kuat akan negaranya.

Nasionalis ialah pencinta bahasa atau orang yang mencintai nusa dan bangsanya. Nasionalisme pula ialah perasaan cinta akan bangsa dan negara sendiri yang mendalam. Selain itu, nasionalisme bermaksud pergerakan untuk mencapai kebebasan dari segi ekonomi dan politik daripada kuasa asing.

Kesimpulannya, patriot, patriotik dan patriotisme lebih menjurus kepada negara. Nasionalis dan nasionalisme pula lebih menjurus kepada bahasa, bangsa dan negara.



5. Cikgu, "jawapan" ialah variasi kata kepada "jawaban", maka adakah "biadap" merupakan variasi kepada "biadab"?

Jawapan:
Biadab bermaksud tidak ada budi bahasa, tidak beradab. Biadab juga bermaksud tidak bertamadun atau belum maju. Dari segi variasi, biadap bukan variasai biadab. Dalam bahasa Melayu tiada perkataan biadap.


6. Manakah yang betul? "murtabak" atau "martabak"? Kenapa banyak pengguna bahasa masih menggunakan "MURTABAK"?

Jawapan:
Perkataan yang tepat ialah martabak, iaitu sejenis makanan seperti roti canai tetapi berlapis, dibubuh daging cencang, telur, rempah, bawang, dan sebagainya. Banyak pengguna yang masih menggunakan perkataan “murtabak” tidaklah saya ketahui sebab-sebabnya.


7. JUSTERU ITU banyak digunakan oleh pengguna bahasa pada pangkal ayat, mengapakah kesalahan ini seperti virus bahasa yang sukar dirawat?

Jawaban:
Pengguna bahasa masih menggunakan rangkai kata “Justeru itu” kerana menganggap bentuk itu sebagai betul. Bukan itu sahaja, masih banyak pengguna yang menggunakan perkataan “Justeru” sebagai penanda wacana, sedangkan perkataan itu ialah kata hubung.


8. Apakah perbezaan antara "Oleh yang demikian" , "Oleh hal yang demikian" , "Oleh hal demikian"? Kenapa lain penulis lain penanda wacana? Yang mana BETUL?

Jawapan:
Demikian bermaksud begitu, begini, seperti itu atau seperti ini. Demikianlah halnya bermaksud beginilah halnya atau begitulah halnya. "Oleh hal yang demikian" pula bermaksud oleh hal yang begitu. "Dalam demikian itu" bermaksud ketika itu, dan tak demikian mahal bermaksud tidak begitu mahal;

Berdasarkan trasformasi pengguguran dalam ayat, “Oleh hal yang demikian” akan menjadi “ Oleh yang demikian”. Dengan berdasarkan transformasi ini, ungkapan “Oleh hal demikian” merupakan bentuk yang tidak baku atau tidak standard.


9. Kamus Dewan Edisi Keempat (KDE4) cenderung menggunakan bentuk "jawaban" dan "kewajiban" dalam ayat contohnya berbanding bentuk "jawapan" dan "kewajipan". Apakah komen pihak tuan tentang hal ini.?

Jawapan:
Bentuk standard sesuatu perkataan dengan ejaannya yang diiktiraf sebagai betul dan rasmi ialah sebagaimana yang terdapat pada perkataan yang ditakrifkan. Perkataan yang diturunkan di akhir takrif bentuk standard ini, atau sebagai muatan rujuk silang, merupakan variasi kepada bentuk standard dan terdiri daripada variasi kata, dan dalam hal-hal tertentu sahaja variasi ejaan. Variasi kata diperturunkan, terutamanya untuk kepentingan kajian bahasa. Di samping itu, ada juga kemungkinannya seseorang pengguna bahasa Melayu yang menemukan sesuatu variasi kata dan tidak dapat mengenal pasti atau mengesani bentuk standardnya akan mendapat manfaat daripada rujuk silang yang diberikan dalam kamus ini. Oleh itu, bentuk standardnya ialah jawaban dan kewajiban. Variasi kata pula ialah jawapan dan kewajipan.
Sekian, terima kasih.

Cakna Bahasa : KESALAHAN IMBUHAN

CONTOH KESALAHAN IMBUHAN DAN PEMBETULANNYA BERDASARKAN RUMUS TATABAHASA

SALAH BETUL
mengenengahkan - mengetengahkan
mengenepikan - mengetepikan
beserta -berserta
memperolehi -memperoleh
mempastikan -memastikan
mengkagumkan -mengagumkan
mengwujudkan -mewujudkan
merbahaya -berbahaya
mengswastakan -menswastakan
nasionalisma -nasionalisme
patriotisma -patriotisme
pesaraan -persaraan
perlaksanaan -pelaksanaan
perlantikan -pelantikan
perletakan -peletakan
mekanisma -mekanisme
menakrifkan -mentakrifkan
memperuntukan -memperuntukkan
peruntukkan -peruntukan
perlabelan -pelabelan
menakibatkan -mengakibatkan
pengwartaan -pewartaan
perlesenan -pelesenan
pemerosesan -pemprosesan
pengembala -penggembala
pengemblengan -penggemblengan
organisme -organisma
berkerjasama -bekerjasama
beserban -berserban
memperindahkan -memperindah
memperluaskan -memperluas
memperlebarkan -memperlebar
memperhebatkan -memperhebat
mempertajamkan -mempertajam
memperteguhkan -memperteguh
memperjernihkan -memperjernih
mempertingkat -mempertingkatkan
mempersembah -mempersembahkan
memperakui -memperakukan
memperhalusi -menghalusi
kesesakkan -kesesakan
kebanyakkan -kebanyakan
menggalakan -menggalakkan
persisiran -pesisiran
pengkebumian -pengebumian
memperbaiki -membaiki
memperkuasai -menguasai
memperdalami -mendalami
mempersetujui -menyetujui
keburukkan -keburukan
kebaikkan -kebaikan
perlancaran -pelancaran
mengsabotaj -mensabotaj
mengalakkan -menggalakkan
menyintai -mencintai
memasukan -memasukkan

Cakna Bahasa :Kesalahan Bahasa pada Bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri

Banyak sekali kesalahan bahasa yang dapat kita temukan sepanjang bulan Ramadan (yang tinggal beberapa hari lagi) dan ketika kita menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Sebagai contoh:

SALAH - BETUL
a. Ramadhan – Ramadan
b. di bulan puasa – pada bulan puasa
c. murtabak – martabak
d. hadiah percuma – hadiah
e. bazaar – bazar
f. satey/satay – sate
g. nasi baryani – nasi beriani
h. nasi campor – nasi campur
i. di hari raya – pada hari raya
j. balik kampung – balik ke kampung
k. Aidil Fitri – Aidilfitri
l. saling bermaaf-maafan – saling bermaafan/bermaaf-maafan
m. saling bersalam-salaman – saling bersalaman/bersalam-salaman
n. saling berkunjung-kunjungan – saling berkunjungan/berkunjung-kunjungan
o. buffet – bufet
p. bubur lambok – bubur lambuk
q. selamat hariraya – selamat hari raya
r. bahulu – baulu

Cakna Bahasa : MEMBERI DAN MEMBERIKAN


AYAT YANG SALAH

1. Saya memberi susu kepada kucing itu.
2. Mereka memberi pandangan tentang perkara tersebut.
3. Dia memberi sepotong kek kepada saya.
4. Saya diberikan sehelai kertas.
5. Mereka diberikan peringatan yang terakhir.

AYAT YANG BETUL
1. Saya memberikan susu kepada kucing itu.
2. Mereka memberikan pandangan tentang perkara tersebut.
3. Dia memberikan sepotong kek kepada saya.
4. Saya diberi sehelai kertas.
5. Mereka diberi peringatan yang terakhir.

Cakna Bahasa :MENGISI DAN MENGISIKAN

AYAT YANG SALAH
* Pelajar-pelajar diminta mengisi maklumat peribadi dalam ruang pada borang.
* Pekerja itu sedang mengisikan botol-botol kosong dengan minyak masak.

Huraian:
Kedua-dua ayat di atas salah kerana mengisi bermaksud menjadikan sesuatu bekas atau ruang berisi sementara mengisikan bermaksud memasukkan sesuatu ke dalam bekas atau ruang.


AYAT YANG BETUL

1) Pelajar-pelajar diminta mengisikan maklumat peribadi dalam ruang pada borang.
2) Pekerja itu sedang mengisi botol-botol kosong dengan minyak masak.

Cakna Bahasa : PETEMPATAN ATAU PENEMPATAN


AYAT YANG SALAH

1. *Kawasan penempatan di pinggir pantai itu musnah dilanda tsunami baru-baru ini.
2. *Petempatan pendatang tanpa izin telah disediakan sementara menunggu penghantaran pulang ke negara masing-masing.

Huraian:
Kedua-dua ayat di atas salah penggunaannya. Petempatan bermaksud “kawasan yang baharu dibuka untuk didiami orang”, manakala penempatan bermaksud “perihal menempatkan”.


AYAT YANG BETUL
a) Kawasan petempatan di pinggir pantai itu musnah dilanda tsunami baru-baru ini.
b) Penempatan pendatang tanpa izin telah disediakan sementara menunggu penghantaran pulang ke negara masing-masing.

Cakna Bahasa: Kekeliruan Penanda Wacana

Banyak pelajar yang gemar menggunakan perkataan `justeru’, `tambahan pula’ dan `sementelahan’ dalam jawapan rumusan SPM. Sebenarnya, perkataan tersebut ialah kata hubung.

Dalam bahasa Melayu, kata hubung sememangnya dapat digunakan sebagai penanda wacana jika penggunaannya tepat dari segi makna dan fungsi atau tujuan. Sila lihat jawapan contoh rumusan yang di bawah ini.

Petikan membincangkan faktor-faktor meningkatnya toksin di dalam tubuh manusia.

Puncanya ialah kebanyakan makanan yang dimakan mempunyai sifat semula jadi yang ber asid. Justeru, makanan akan menjadi toksik sebagai akibat cara makanan itu diproses dan ditambah pula dengan bahan-bahan tambahan untuk menjadikan makanan itu enak. Tambahan pula, cara pengendalian makanan yang tidak bersih dan pengendali makanan yang berpenyakit juga boleh menjadikan makanan bertoksin. Faktor lain yang menyebabkan keracunan berlaku ialah persekitaran yang kotor.

Masalah ini akan dapat diatasi sekiranya kita sentiasa memastikan makanan disimpan dengan baik dan amalan membasuh tangan dipraktikkan. Sementelahan, jenis makanan yang diambil juga perlu diberi perhatian agar tidak berlaku keracunan.

Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama untuk menangani kandunghan toksin di dalam badan supaya tahap kesihatan kita tidak terancam.

Ulasan:

Perkataan `justeru’ bermaksud malahan. Perkataan `tambahan pula’ dan `sementelahan’ bermaksud lebih-lebih lagi. Ayat yang tepat untuk ketiga-tiga perkataan tersebut adalah seperti yang berikut:

1. Saya tidak pernah memperkecil kebolehannya, justeru saya selalu menyokongnya dalam setiap perlawanan.
2. Pemain pasukan itu sangat lincah, tambahan pula tendangannya sering mengelirukan pihak lawan.
3. Kita hendaklah meneruskan serangan yang bertubi-tubi ke pintu gol lawan kerana pasukan kita telah ketinggalan, sementelahan masa permainan tinggal beberapa minit lagi.

Ada sesetengah pengguna bahasa menggunakan perkataan `justeru’ untuk maksud `oleh itu’. Namun demikian, pihak penyusun Kamus Dewan masih belum memberikan makna `justeru’ sebagai `oleh itu’. Oleh hal yang demikian, elakkanlah penggunaan perkataan tersebut sebagai penanda wacana.

Frasa `tambahan pula’ yang berfungsi sebagai kata hubung boleh digunakan sebagai penanda wacana dalam perenggan. Sila lihat contoh yang berikut:

`Pihak kerajaan hendaklah mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana remaja yang terlibat dalam aktviti perlumbaan motosikal haram. Tambahan pula, aktiviti ini semakin lama semakin leluasa jika aktiviti mereka dibiarkan. Melalui tindakan yang tegas, mereka akan berasa bimbang untuk mengulangi kesalahan tersebut kerana sekali kena dua kali jalan tahu. Sebagai contohnya, sesiapa yang terlibat dalam kegiatan tersebut, lesen memandu mereka hendaklah digantung selama setahun atau dikenakan penjara jika melibatkan kemalangan. Dengan cara ini, mereka akan meninggalkan kegiatan tersebut dan akan mematuhi undang-undang.

Frasa `tambahan pula’ juga tidak boleh digunakan di awal perenggan karangan sebagai penanda wacana. Hal ini dikatakan demikian kerana frasa tersebut berfungsi untuk memberikan penjelasan lanjut tentang maklumat atau ayat isi sebelumnya. Selain itu, isi yang diperkatakan dalam perenggan itu berbeza dengan isi dalam perenggan sebelumnya. Sebagai contohnya:

Tambahan pula, pihak kerajaan hendaklah mempergiat kempen keselamatan jalan raya sama ada di media massa atau di media cetak. Kempen seperti ini sudah tentu akan dapat menimbulkan kesedaran dalam kalangan pengguna jalan raya bahawa nyawa diri sendiri dan orang lain sangat berharga. Sebagai contohnya, pengguna perlu dipertontonkan kes-kes kemalangan negeri yang menyebabkan kematian dari masa ke masa menerusi televisyen. Melalui cara ini, mereka akan menyedari bahawa mereka perlu menyayangi nyawa diri sendiri dan nyawa orang lain.

Penanda wacana yang sesuai untuk perenggan di atas ialah `selain itu’, `di samping itu’, `bukan itu sahaja’, dan sebagainya.

Jawapan yang tepat:
Petikan membincangkan faktor-faktor meningkatnya toksin di dalam tubuh manusia.

Puncanya ialah kebanyakan makanan yang dimakan mempunyai sifat semula jadi yang ber asid. Selain itu, makanan akan menjadi toksik sebagai akibat cara makanan itu diproses dan ditambah pula dengan bahan-bahan tambahan untuk menjadikan makanan itu enak. Di samping itu, cara pengendalian makanan yang tidak bersih dan pengendali makanan yang berpenyakit juga boleh menjadikan makanan bertoksin. Faktor lain yang menyebabkan keracunan berlaku ialah persekitaran yang kotor.

Masalah ini akan dapat diatasi sekiranya kita sentiasa memastikan makanan disimpan dengan baik dan amalan membasuh tangan dipraktikkan. Selain itu, jenis makanan yang diambil juga perlu diberi perhatian agar tidak berlaku keracunan.

Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama untuk menangani kandunghan toksin di dalam badan supaya tahap kesihatan kita tidak terancam.

Cakna Bahasa : Teknik Peluasan Ayat -5W1H

)Teknik Peluasan Ayat -5W1H
Teknik Peluasan Ayat 5W1H ialah satu teknik yang menggunakan maklumat tentang apa, siapa, bila, di mana, mengapa dan bagaimana untuk mengembangkan ayat. Teknik ini amat bersesuaian digunakan oleh calon SPM untuk menjawab soalan 3(a) dalam Kertas 2 Bahasa Melayu.


Soalan contoh:
Bina ayat dengan menggunakan perkataan `gerakan’.
Untuk membina ayat dengan menggunakan perkatan `gerakan’, murid hendaklah melakukan langkah-langkah yang berikut:

Langkah1: Bina frasa `’melancarkan gerakan” (apa)

Langkah 2: Masukkan subjek ayat (siapa)
”Pihak polis melancarkan gerakan”

Langkah 3: Masukkan keterangan (Mengapa)
”Pihak polis melancarkan gerakan untuk memburu penjenayah yang kejam itu ”

Langkah 4- Masukkan keterangan masa (Bila)
”Pihak polis melancarkan gerakan untuk memburu penjenayah yang kejam itu pada petang semalam.”

Langkah 5- Masukan keterangan tempat (Di mana)
”Pihak polis melancarkan gerakan untuk memburu penjenayah yang kejam itu pada petang semalam di sekitar hutan yang tebal itu.”

Langkah 6- Masukkan keterangan cara (Bagaimana)
”Pihak polis melancarkan gerakan untuk memburu penjenayah yang kejam itu pada petang semalam di sekitar hutan yang tebal itu dengan menggunakan seekor anjing.”


Soalan Kuiz:
(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah dengan menggunakan Teknik Peluasan 5W1H supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
(i) gerangan
(ii) berangan
(iii) barangan
(iv) larangan
(v) bayangan
(vi) kayangan



Pemenang Kuiz Bersempena dengan Kem Akademik 2011


Nama: Norizzati Tukijo Kelas: 5 Setia

Jawapan yang dikemukakan:

(i) GERANGAN
Siapakah gerangan tuan hamba (3) yang begitu berani (5) menyelamatkan beta (1) daripada ancaman lanun dengan menggunakan sebilah pedang panjang (6) di tengah-tengah lautan (4) yang sedang bergelora sebentar tadi (2)?



(ii) BERANGAN
Pagi tadi (2), sambil menopang dagunya dengan tangan kirinya(6), Amir (3) berangan (1) ketika gurunya sedang mengajar (2) di dalam kelas (4) kerana dia rindu akan buah hatinya, Siti (6).

(iii) BARANGAN
Semalam (2), kerajaan (3) telah mengadakan Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia (1) di sebuah pusat beli-belah terkemuka di ibu negara (4) yang bertujuan untuk menggalakkan pengguna membeli barangan buatan Malaysia (5) dengan harga yang berpatutan dan membantu pengusaha tempatan (6) untuk menghadapi pertumbuhan ekonomi yang kurang memberangsangkan (5).

(iv) LARANGAN
Mulai April 2011 (2), kerajaan (3)akan menambah zon larangan merokok (1)di semua tempat kerja yang mempunyai sistem pendingin hawa dan lobi-lobi hotel (4) serta mengenakan hukuman yang tinggi kepada prokok (6) bagi melindungi kepentingan kesihatan orang ramai terutama yang tidak merokok akibat terhidu asap rokok (5) .

(v) BAYANGAN
Pada setiap malam (2), ketika di kamar (4), iaitu sebelum tidur, bayangan wajah nenek (3)yang telah meninggal dunia lima tahun lalu masih jelas di dalam mindaku (1) kerana nenek merupakan insan yang selalu memberikan perangsang dan dorongan (5) atas kejayaanku pada hari ini dengan sentiasa menggalakkanku mengerjakan solat dan belajar dengan bersungguh-sungguh (6).

(vi) KAYANGAN
Seri Dewi Maya(3) yang tinggal di alam kayangan telah turun ke dunia (1) pada malam itu(2) dengan menaiki kuda terbangnya (6) bagi menjalani kehidupan sebagai seorang manusia biasa (5) di sebuah hutan belantara (4).

Catatan:
Nombor (1) hingga (5) yang terdapat dalam ayat (i) hingga (vi) di atas mewakili:
1-apa, 2-bila, 3-siapa, 4-di mana 5-mengapa, 6. bagaimana


Latihan:
(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah dengan menggunakan Teknik Peluasan dan Teknik Acuan Ayat supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
i. Menghadiahkan – menghadiahi
ii. Menganugerahkan – menganugerahi
iii. Menghutangkan – menghutangi

Latihan Penulisan

Soalan:
Kegiatan jenayah di negara kita semakin leluasa. Pada pendapat anda, apakah peranan yang perlu dilakukan oleh masyarakat untuk membanteras kegiatan jenayah ini.


Jawaban:

Strategi:
T=Membanteras Kegiatan Jenayah
K=Peranan Masyarakat
F=Umum

Isi:
1. Bekerjasama dengan pihak polis. Contoh: Menyertai Rakan Cop

2.Peka terhadap persekitaran dan isu semasa. Contoh: Mengambil berat tentang kegiatan jenayah yang berlaku di kawasan setempat.

3. Mengadakan kempen Cegah Jenayah di Kawasan setempat. Sebagai contohnya: Bekerjasama dengan Kementerian Keselamatan Dlm Negeri dan Kementerian Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat untuk menganjurkan kempen tersebut.

4. Bekerjasama mengawal keselamatan kawasan tempat tinggal. Contoh:Menubuhkan Rukun Tetangga


Peribahasa yang perlu dimasukkan:

1. cubit paha kiri paha kanan terasa juga
2. mata dan telinga
3. muafakat membawa berkat
4. berat sama dipikul ringan sama dijinjing
5. Bersatu teguh bercerai roboh
6. Menjaga tepi kain orang
7. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
8. Bagai aur dengan tebing
9. ada hati
10. mengambil berat
11. bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing
12. Jiran sepakat membawa berkat
13. Bagai cendawan tumbuh selepas hujan
14.ke bukit sama didaki ke lurah sama dituruni
15. menjadi duri dalam daging
16. gunting dalam lipatan
17. buah mulut

KESANTUNAN BERBAHASA

1. Cara sapaan lisan/bertulis menurut bahasa Melayu dengan sopan santun supaya tidak dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa.

2. Kehalusan budi bahasa dalam memakai atau menggunakan bahasa atau kesopanan ketika menggunakan bahasa.

3. Dalam kesantunan berbahasa, bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri.

4. Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama.

5. Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban hubungan.

6. Bahasa halus mengikut Asmah Haji Omar ``disamakan dengan pendidikan yang penuh dengan adab tata tertib.''

7. Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus, termasuk di dalamnya ialah laras bahasa istana. Antara ungkapan berkenaan ialah patik, tuanku, berangkat, bersiram, bersemayam, junjung kasih, bercemar duli dan sebagainya.

8. Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam keadaan biasa. Pemilihan kata dan ungkapan cuma bergantung kepada kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan.
9. Lihat contoh berikut:

Pak - Digunakan untuk orang lelaki yangs ama sebaya dengan ayah kendiri.
Mak - Digunaka utnuk orang perempuan yang kira-kira sebaya dengan emak kendiri
Tok - Digunakan untuk orang lelaki atau prempuan yang kira-kira sebaya dengan datuk atau nenek kendiri.
Abang - Digunakan untuk orang lelaki yang tidak setua ayah kendiri dan juga tidak semua kendiri.
Kakak - Digunakan untuk orang perempuan yang tidak setua emak kendiri dan juga tidak semuda kendiri.
Adik - Digunakan untuk orang lelaki atau permepuan yang lebih muda daripada kendiri.


10. Gelaran Pak atau Mak ketika berkomunikasi ditambah dengan Cik, menjadi Mak Cik atau Pak Cik

11. Jenama kekeluargaan terbahagi kepada:

i. Jenama kekeluargaan pertalian darah (Pak Long, Mak Long, Pak Ngah, Mak Ngah, Pak Lang, Mak Lang, Pak Njang, Mak Njang, Pak Cik, Mak Cik, Pak Su, Mak Su.

Gabungan nama kekeluargaan asas (Abang (bang) dan Kak dengan jenama kekeluargaan pertalian darah hanya terbatas kepada Long, Ngah dan Cik seperti Bang Long, Kak Long, Bang Ngah, Kak Ngah, Bang Cik dan Kak Cik.


ii. Jenama kekeluargaan ikatan perkahwinan

Diwakili oleh kata menantu, mentua dan ipar. (Pak Mentua, Mak Mentua dan Tok Mentua). Ipar digunakan untuk merujuk kepada ahli-ahli dalam keluarga suami atau isteri selain menantu danmentua. Contoh: abang ipar, kak ipar, adik ipar mak long ipar, mak ngah ipar dan sebagainya.


12. Gelaran Pergaulan Bebas

Biasanya Cik digunakan untuk perempuan yang belum berkahwin, manakala Encik untuk lelaki sahaja.


13. Gelaran Pergaulan Tak Bersahaja (Formal)

Tuan - digunakan untuk lelaki yang lebih tinggi pangkatnya daripada kendiri, dan orang lelaki bergelar Haji, Doktor, Profesor dan Syed.

Encik, Cik - boleh digunakan untuk orang lelaki yag lebih tinggi pangkatnya, daripada kendiri seperti Encik Ahmad atau Cik Ahmad.

Puan - untuk perempuan sahaj ayang pangkatnya lebih tinggi daripada kendiri, dan perempuan yang mempunyai gelaran Doktor, Profesor dan sebagainya.

Saudara - digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang seumur dengankendiri atau lebih muda, dan hubungannya belum rapat dewngan kendiri atau digunakan dalam rujukan kepada ahli-ahli dalam mesyuarat,perbahasan dan sebagainya.

Saudari - digunakan untuk perempuan sahaja dalam konteks yang sama dengan penggunaan gelaran saudara.

Tetuan - hanya digunakan dalam surat rasmi yang ditujukan kepada para pemilik atau pentadbir syarikat perniagaan (termausk syarikat guaman) seperti: Tetuan Syarikat Sinaran Sdn. Bhd.)


14. Gelaran Warisan

Contoh
Raja = (Perak, Selangor)

Pangeran, Pangeran Anak, Pangeran Muda = (Brunei Darussalam)

Tengku = (Kelantan, Pahang, Kedah, Terengganu).


Gelaran keturunan orang-orang besar;
Megat dan Puteri (Perak),
Nik (Kelantan),
Wan (Kelantan, Terengganu),
Abang (Sarawak);
Datu (Sabah),
Awangku, Pangeran dan Dayangku (Brunei Darussalam),
Tan (di Kedah)
dan Tun (Terengganu)

Gelaran warisan kepada keturunan Nabi Muhammad s.a.w. seperti :
syed atau sayid bagi lelaki dan Syarifah bagi perempuan.
Sesetengah pihak mengatakan bahawa gelaran Syarif, Syekh dan Siti juga tergolong ke dalam gelaran jenis ini.

Gelaran warisan daripada keturunan yang berasal dari luar Malaysia seperti
Raden (Jawa),
Daeng (Bugis),
Sidi, Sutan (Minangkabau),
Teuku dan Teungku (Aceh).


15. Gelaran Kurniaan,
Tun, Toh Puan, Puan Sri,
Datuk (Datuk Seri,
Datuk Paduka, Datuk Setia),
Datuk (Satuk Patingi, Datuk Amar),
Datin Paduka (gelaran yang dikurniakan oleh kerajaan negeri Selangor),
Toh Puan (isteri kepada datuk di Terengganu)

Pendeta Za'aba (gelaran kurniaan yahng diberikan oleh pertubuhan seperti Kongres Bahasa Melayu Ketiga (1956).
Gelaran Bapa Kemerdekaan kepada Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.


16. Gabungan Gelaran
(a) kekeluargaan + keagamaan. - Pak Haji

(b) Pergaulan Tak Bersahaja (kecuali saudara) + Keagamaan. - Tuan Haji

(c) Kekeluargaan + warisan (hanya Ungku, Engku, Wan, Nik) - Pak Ungku, Mak Ungku, Mak Wan, Pak Nik.

(d) Pergaulan Tak Bersahaja + Keagamaan + Warisan (hanya Nik). Contoh: Tuan Haji Nik

(e) Warisan (Kecuali Nik) + Keagamaan. - Raja Haji

(f) Kurniaan Kerajaan + Akademik/Ikhtisas + Warisan + Keagamaan. - Tan Sri Prof. Raja Haji Osman


17. Rujukan Hormat

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong
-Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda

Sultan, Raja, Sultanah, Tengku Ampuan, Raja Permaisuri
-Duli Yang Maha Mulia

Balu Raja
-Yang Maha Mulia

Raja Muda atau Tengku Mahkota
-Duli Yang Teramat Mulia atau Yang Teramat Mulia

Kerabat Diraja Karib
-Yang Amat Mulia

Bergelar warisan
-Yang Mulia

Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri
-Yang Amat Berhormat

Menteri, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (wakil rakyat)
-Yang Berhormat

Wakil Rakyat yang mempunyai gelaran Tengku atau Raja
-Yang Berhormat Mulia

Tun, Toh Puan
-Yang Amat Berbahagia

Yang mempunyai gelaran kurniaan kerajaan (selain Tun dan Toh Puan) atau/dan gelaran ikhtisas yang formal
-Yang Berbahagia

Ketua Hakim Negara
-Yang Amat Arif

Ketua Polis Negara
-Yang Amat Setia

Hakim, Kadi
-Yang Arif

Mufti dan pemimpin Islam
-Sahibul Samahah

Ketua jabatan tanpa gelaran
-Yang Berusaha

Ejaan : PELIK TAPI BENAR

Oleh Cikgu Azemi

Kategori: EH SALAH TU...!, KAMUS KATA dan MUNSYI BAHASA

Jika diteliti dan dibandingkan bahasa Melayu yang digunakan semasa berkomunikasi dengan bahasa Melayu yang dipelajari di bilik darjah, banyak sekali perbezaannya sama ada dari segi tatabahasa, ejaan mahupun dari segi makna. Percaya atau tidak?

Di bawah ini akan cikgu cuba berbicara tentang perbezaan ejaan perkataan yang sehingga kini masih mengelirukan semua pihak, terutama pelajar.

mertua @ mentua > yang digunakan di bilik darjah ialah mentua.
guris @ gores > gores yang betul.
mustika @ mestika > mestika yang betul.
istirehat @ istirahat > istirahat yang betul.
merbahaya @ berbahaya > berbahaya yang betul.
kerinting @ keriting > keriting yang betul.
serunding @ serondeng > serondeng yang betul.
pensil @ pensel > pensel yang betul.
mendokong @ mendukung > mendukung yang betul.
kekanda @ kakanda > kakanda yang betul.
tips @ tip > tip yang betul.
sireh @ sirih > sirih yang betul.
selsema @ selesema > selesema yang betul.
agen @ ejen > ejen yang betul.
cincang @ cencang > cencang yang betul.

PENYALAHGUNAAN KATA PEMERI

Oleh Cikgu Azemi
Sumber : http://azemi09.wordpress.com/

Kategori: MUNSYI BAHASA

Penulis sering menemukan kesilapan pelajar semasa mereka menggunakan kata pemeri dalam ayat. Kebanyakan pelajar menggunakan alasan yang tidak munasabah apabila ditanya tentang perkara tersebut.

Lihat contoh penggunaan kata pemeri dalam ayat di bawah:

Mata pelajaran Bahasa Melayu adalah merupakan mata pelajaran yang penting.

ULASAN:

Ayat di atas salah kerana penggunaan frasa adalah merupakan.
Kebanyakan pelajar memberikan alasan bahawa frasa adalah merupakan tidak boleh digunakan kerana adalah dan merupakan sama dari segi makna atau fungsi.


Lihat pula contoh penggunaan kata pemeri dalam ayat di bawah ini:

Jawapan ini adalah berdasarkan buku teks.
Tindakan saya ini adalah berlandaskan ajaran Islam.
Semua perkara ini adalah merujuk kepada peraturan terbaru.
Perlakuan orang asing adalah diragui .

ULASAN:

Keempat-empat baris ayat di atas SALAH kerana penggunaan penggunaan kata pemerinya tidak tepat. Adakah ‘adalah’ sama dengan ‘berdasarkan’, ‘adalah’ sama dengan ‘berlandaskan’, ‘adalah’ sama dengan ‘merujuk’ atau adakah ‘adalah’ sama dengan ‘diragui’?

Semua alasan atau sebab yang diutarakan seperti di atas adalah SALAH.

SEBENARNYA, kesalahan ayat-ayat di atas bukanlah kerana alasan seperti di atas tetapi kerana kata pemeri ‘adalah’ TIDAK BOLEH DIGUNAKAN DI DEPAN KATA KERJA.
  • merupakan, berdasarkan, berlandaskan, merujuk, dan diragui ialah kata kerja.

Kata pemeri (ialah dan adalah) tidak boleh digunakan di depan kata kerja.


Ayat-ayat di atas itu sepatutnya ditulis seperti di bawah:

Mata pelajaran Bahasa Melayu adalah merupakan mata pelajaran yang penting.
Mata pelajaran Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran yang penting.


Jawapan ini adalah berdasarkan buku teks.
Jawapan ini berdasarkan buku teks.


Tindakan saya ini adalah berlandaskan ajaran Islam.
Tindakan saya ini berlandaskan ajaran Islam.


Semua perkara ini adalah merujuk kepada peraturan terbaru.
Semua perkara ini merujuk kepada peraturan baru.


Perlakuan orang asing adalah diragui .
Perlakuan orang asing itu diragui.

Nota Tatabahasa : Kesalahan Tatabahasa PMR

Sumber :http://www.cemerlangbm.com/pmr_kesalahan_tatabahasa_14.html

AWALAN meN-, APITAN meN-…-kan, meN-…i, mempeR-…-kan, mempeR-…i, dan AKHIRAN –kan dan –i.

a. Imbuhan pembentuk kata kerja transitif seperti meN-…-kan, meN-…-i,
mempeR-…-kan, mempeR-…-I mesti diikuti oleh kata nama/ frasa nama
selepasnya sebagai unsur objek/penyambut;

Pembahas pertama mengemukakan dalam perbahasan itu hujah-hujah
yang bernas  


Pembahas pertama mengemukakan hujah-hujah yang bernas dalam
perbahasan itu    


b. Imbuhan kata kerja transitif mempeR- berkata dasar kata adjektif tidak boleh
disertai akhiran –kan kerana memberikan maksud yang lewah;

Dia mempercepatkan kayuhannya agar cepat sampai ke sekolah  
Dia mempercepat kayuhannya agar cepat sampai ke sekolah    


c. Imbuhan kata kerja transitif memperoleh tidak memerlukan akhiran –i
selepasnya;

Pak Saman memperolehi pendapatan yang agak lumayan hasil daripada
penjualan kelapa kering   


Pak Saman memperoleh pendapatan yang agak lumayan hasil daripada
penjualan kelapa kering     


d. Oleh sebab kata dasar had dan khas terbina daripada satu suku kata, maka
apitan yang sesuai adalah menge-…-kan, bukannya meng-…-kan;

Zarul menghadkan pengambilan makanannya untuk mengelakkan diri
daripada kegemukan  


Zarul mengehadkan pengambilan makanannya untuk mengelakkan
diri daripada kegemukan     


e. Huruf P bagi imbuhan mempeR-, mempeR-…-kan atau mempeR-…-I tidak
boleh digugurkan seperti konsep awalan meN- apabila bertemu dengan huruf
awal tertentu pada suatu kata dasar;

Kami telah lama memelajari perkara ini di sekolah    
Kami telah lama mempelajari perkara ini di sekolah    


f. Terdapat juga imbuhan awalan meN- yang berbentuk kata kerja tak transitif.
Kata kerja ini dibezakan dengan kata kerja berawalan meN- ( transitif ) kerana
tidak mempunyai objek selepasnya.

Pengetahuannya semakin mendalam bidang perubatan     
Pengetahuannya semakin mendalam dalam bidang perubatan    


g. Dalam penggunaan meN-…-kan, meN-…-i, mempeR-…-kan atau
mempeR-…-i, penggunaan kamus dapat membantu penguasaan tentang
makna agar tidak mengelirukan;

Azlan menyerah wang RM10 kepada saya     
Azlan menyerahkan wang RM10 kepada saya    
Azlan menyerahi saya wang RM10 kepada saya  


h. Dalam keadaan ayat pasif diri pertama dan kedua sahaja akhiran –kan atau –i
digunakan. Akhiran –kan dan –I tidak boleh digunakan dalam struktur ayat
aktif;

Mereka perbudakkan kami selama ini    
Mereka memperbudakkan kami selama ini    
Kami diperbudakkan oleh mereka selama ini   


i. Penggunaan imbuhan yang tidak menepati konteks ayat;

Setelah hari petang, Arjit mengumpulkan semua kambingnya   
Setelah hari petang, Arjit mengandangkan semua kambingnya   

Selain itu atau Selain daripada itu ?

Yang mana satukah yang betul antara selain itu dengan selain daripada itu?

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 'Selain' bermaksud 'di samping'. 
Oleh itu, penanda wacana 'Selain itu' tidak perlu ditambah 'daripada' kerana kata sendi nama 'daripada' hanya boleh hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, dan unsur mujarad, sumber atau asal kejadian sesuatu benda, dan perbezaan atau perbandingan. 

Memastikan atau Mempastikan ?

Yang mana satu perkataan yang betul: memastikan atau mempastikan?

Ejaan yang betul ialah memastikan yang bermaksud menyatakan dgn pasti, menentukan (menetapkan) dgn pasti.

Untuk pengetahuan, huruf pertama dalam kata dasar berubah menjadi bentuk sengau yang sama daerah artikulasinya(homoganik) ialah m bagi p, n bagi t, ng bagi k, dan ny bagi s.

Contohnya:
pesan-memesan,
pukul-memukul,
tetap-menetap,
tari-menari,
karang-mengarang,
kaji-mengkaji,
salin-menyalin,
dan sinar-menyinar.

Kekeliruan Imbuhan : Pengoperasian & Pengwujudan

Adakah perkataan-perkataan berikut betul imbuhannya: Pengoperasian, Pengwujudan,

Jika salah, apakah imbuhan yang betul?


Keterangan :

Pengoperasian tidak perlu diberikan imbuhan dan memadai dengan operasi sahaja kerana perkataan operasi bermaksud kegiatan, gerakan atau perjalanan sesuatu proses, alat dan sebagainya.

Imbuhan yang betul bagi perkataan wujud ialah pewujudan bukannya pengwujudan,

MEMANGKU & PEMANGKU

MEMANGKU
1 meletakkan di atas riba serta memegangnya; meriba:
Dia ~ anak itu dan menciumnya.

2 membawa sesuatu di atas lengan yg dibengkokkan (ke depan):
Beliau ~ isterinya lalu masuk ke ambulans itu.

3 memegang sesuatu jawatan utk sementara; menjadi sbg wakil atau wali:
Lima tahun dia ~ sultan yg masih kecil itu.

4 memegang sesuatu jawatan; memikul tanggungjawab:
Siapa yg ~ jawatan itu sekarang ini?

PEMANGKU
1 orang yg memegang jawatan untuk sementara.
2 orang yg menjadi wakil utk melakukan sesuatu.

Apitan me-kan dan men-i, di-kan dan di-i

Perkataan: Memagar
Maksud: membuat pagar atau memasang pagar.
Ayat:Dia memagar kawasan rumahnya dengan kawat berduri.

Perkataan: Memagarkan:
Maksud : menjadikan sesuatu sebagai pagar.
Ayat: Dia memagarkan kawat berduri di sekeliling kawasan rumahnya.

Perkataan: Memagari
Maksud: mengelilingi sesuatu.
Ayat: Kawat berduri memagari kawasan di sekeliling rumahnya.
Perkataan: dipagar
Maksud: pagar dibuat atau dipasang di sesuatu tempat atau kawasan
Ayat: Kawasan rumahnya dipagar dengan kawat berduri.

Perkataan: dipagarkan:
Maksud : sesuatu dijadikan sebagai pagar.
Ayat: Kawat berduri dipagarkan di sekeliling kawasan rumahnya.

Perkataan: dipagari
Maksud: Sesuatu kawasan atau tempat dipagari
Ayat: Kawasan di sekeliling rumahnya dipagari oleh kawat berduri

UPSR Bahagian C


17 NILAI MURNI YANG UTAMA:

Baik Hati
Berdikari
Hemah Tinggi
Hormat-menghormati
Kasih Sayang
Keadilan
Kebebasan
Keberanian
Kebersihan fizikal dan mental
Kejujuran
Kerajinan
Kerjasama
Kesederhanaan
Kesyukuran
Rasional
Semangat bermasyarakat
Patriotisme


Pecahan-pecahan Nilai Murni ini

Contoh Frasa dan Pecahan Nilai murni dan Pengajaran:

Menolong orang - Bertanggungjawab
Menghulurkan bantuan - Prihatin
Menderma, menyumbang - Toleransi
Memberi hadiah - Penyayang
Berkongsi barang dengan adik-beradik - Kasih sayang
Memberi hadiah - Pemurah
Membantu - Baik hati
Berkongsi - Berhemah tinggi
Membuat kerja rumah/sekolah - Rajin
Membuat jadual belajar - Gigih
Mengulang kali - Keazaman
Menyiapkan .... - Bersungguh-sungguh
Mengembalikan - Jujur
Memulangkan - Tulus
Menyerahkan - Amanah
Memberikan (Tidak meminta balasan) - Ikhlas
Meminjamkan - Rela hati
Tidak berkira - Bertolak-ansur
Tidak mementingkan diri sendiri - Sepakat/Muafakat
Mengagihkan tugasan - Adil/saksama
Membuat sesuatu keputusan - Bijaksana
Bertindak - Bestari
Mencari penyelesaian - Rasional
Menjadi rujukan - Matang
Bertindak demi kebaikan - Berani
Basuh baju/ kasut - Berdikari
Menghormati lagu Negaraku - Cinta negara
Mematuhi undang-undang - Semangat patriotik
Membawa bekal ke sekolah - Jimat-cermat
Menjaga kebersihan diri - Cinta kebersihan
Menjaga kebersihan alam sekeliling - Mencintai alam
Membantu orang lain - Bekerjasama
Mengikut arahan guru - Taat
Mematuhi peraturan - Akur
Patuh arahan ibu bapa - Berdisiplin
Tenang mengahadapi sesuatu keadaan - Cekal
Tidak mudah kecewa - Tabah
Meneruskan usaha walaupun ...- Sabar
Tabah melakukan sesuatu - Tidak mudah berputus asa
Bangun awal, bersiap awal - Menepati masa
Menyiapkan kerja sekolah - Menghargai masa
Siapkan kerja mengikut masa - Menepati janji
Semangat inisiatif, inovatif, kreatif - Daya usaha
Rela berkorban masa, tenaga dan wang ringgit - Dedikasi
Berupaya mencapai sesuatu kejayaan - Jaya diri
Hidup berbaik-baik dengan jiran - Semangat kejiranan
ikap, pertimbangan yang tidak keterlaluan -Kesederhanaan
Kesenangan yang dikecapi - Kesyukuran
Pengiktirafan - Penghargaan
Berterima kasih - Menghargai
Suka bergaul mesra, tidak mengasingkan diri - Persaudaraan

TIPS BM KERTAS 2

TIPS BM Kertas 2 UPSR

PENULISAN Bahagian A:

* Elakkan penggunaan NAMA WATAK, tahun lalu penggunaan nama masih dimaafkan, tetapi mulai tahun ini penggunaan nama watak dalam gambar AKAN DIPOTONG MARKAH.

* Sebaik-baiknya gunakan ayat majmuk dalam bahagian ini. Ayat majmuk lebih gramatis.

Setelah entri ini dikeluarkan ramai yang bertanya tentang benarkah nama watak tidak boleh ditulis dalam ayat tersebut (Bahagian A).
Saya bertanya kepada beberapa orang pemeriksa kertas Penulisan UPSR. Jawapannya begini:

-Boleh, namun nama tersebut haruslah berkesinambungan ke ayat seterusnya. Misalnya Ali, Ayah Ali, Kakak Ali, Ibu Ali...

-Jika masih was-was, maka untuk selamat gunakan saja Seorang budak lelaki.....Dua orang pelajar perempuan, Seorang guru ......dan lain-lain.





PENULISAN Bahagian B:

* Jika karangan berbentuk cerita atau menyambung cerita elakkan karangan yang tidak logik
seperti:
1. Cerita berkaitan hantu
2. Murid/calon menyelamatkan seseorang yang dalam keadaan kecemasan atau dalam apa-apa keadaan dengan menggunakan helikopter, jet atau sebagainya. Situasi mestilah LOGIK
3. Jika karangan itu memerlukan 'Apakah tindakan kamu' , maka calon itu mestilah menjadikan dirinya sebagai hero/heroin dalam cerita yang disampaikan itu. Sebagai contoh, jika hendak menyelamatkan orang yang lemas di sungai, calon itulah sendiri yang terjun ke sungai dan menyelamatkan orang itu, bukan menyuruh orang lain atau polis dan sebagainya.


PENULISAN Bahagian C:

Mulai tahun lepas, terdapat arahan tambahan dalam bahagian C iaitu JELMAKAN nilai murni.
Maksudnya di sini ialah, kita tidak harus menulis nilai yang telah tercatat dalam petikan. Sebagai contoh.
Ayat: Ahmad mengucapkan terima kasih kepada guru kelasnya.
Rumusan: Kita seharusnya berterima kasih kepada guru kita. (ini jawapan yang tidak tepat)
Sepatutnya: Kita seharusnya menghargai ...........(jelmakan satu nilai yang hampir sama maknanya dengan nilai yang terdapat dalam petikan) 


SKEMA PEMARKAHAN NILAI MURNI BAHAGIAN C

Mulai UPSR 2010 Bahagian C (Nilai Murni)

1.Nilai yang ada (hendaklah dijelmakan nilai baru)
yang menyamai maksud nilai tersebut. Contoh
berterima kasih menjadi menghargai.

2. Contoh nilai mestilah apa yang ada dalam petikan.
(Misalnya seperti Ahmad yang....).

3. Jumlah perkataan 50 (Maksima 60 pkt)

4. Kesimpulannya, rumusan itu padat, bernas.

5. Kurangkan frasa yang tidak penting.

Kata-Kata Pujangga